Taklimat Klik Dengan Bijak Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Program Pasca PT3 anjuran PIBG SMK Jerlun telah menyelitkan Sesi Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bagi tujuan pendedahan bahayanya sosial media jika tidak digunakan dengan sebaiknya di kalangan pengguna terutamanya pelajar sekolah.

Taklimat KDB ini telah diadakan pada 10 November 2019 (Ahad). Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan terutamanya remaja dan kanak-kanak mengenai penggunaan internet dengan cara yang berhemah dan berertika.

Seramai 224 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 telah hadir mengikuti program advokasi ini. Dalam taklimat ini, pihak Pusat Internet telah berkongsi tips-tips dan etika penggunaan internet dengan cara yang lebih positif memandangkan mereka merupakan pengguna internet dan memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran dan peribadi mereka.

KDB menyasarkan mereka ini yang lebih terdedah kepada jenayah siber dan penyalahgunaan atas talian. Kita mahu mereka selamat dan terjamin semasa melayari Internet terutamanya apabila berkongsi maklumat peribadi di laman web yang mencurigakan.

Sasaran utama program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan Pusat Internet diharapkan dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali